Thursday, December 9, 2010

Pokok Bogak

Bogak - C.Clivicola adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai struktur batang yang cukup menarik dan daun yang menyerupai tumbuhan palma. Di Negeri Perlis ia tumbuh liar di lereng-lereng bukit di Banjaran Nakawan dan Wang Mu, berhampiran sempadan Thailand. Kerana keistimewaannya ia merupakan pokok yang pertama saya beli untuk dijadikan pokok hiasan taman. Bogak atau C.Clivicola adalah antara species tumbuhan tertua dimuka bumi ini yang mempunyai evolusi menyamai zaman dinasaur sekitar 200 juta tahun dahulu. Kerana sifat tumbuhan ini yang boleh hidup berzaman mengikut persekitaran sehingga masa ini maka ia lebih popular dengan gelaran " The Living Fossil ". Di Malaysia ada tiga jenis Cycas yang polular iaitu, C.Clivicola, C.Litoralis dan C.Macrocarpa.

Pada masa ini cycas adalah antara tumbuhan yang dikawal dan dilindungi agar kepupusannya dapat dikawal. Selain Perlis, Utara Negeri Kedah Dan Utara Negeri Perak merupakan habitat paling popular dimana pokok bogak ini boleh didapati.. Bagaimanapun terdapat nursery yang menjual pokok ini pada harga yang amat tinggi.Keunikan pokok ini dan cerita disebaliknya membuatkan harga species ini melambung tinggi.





Gambar 1.1
Bentuk batangnya yang menarik


Gambar 1.2
Bentuk L melengkung ke atas


Gambar 1.3

1 comment: